*************
Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang
bukan?
|
Apa-apanya...
A |
Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping
depan dan belakang |
B |
Tangan - 2 keping, kiri dan kanan |
C |
Kekek- 2 keping, kiri dan kanan |
D |
Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping
lah |
E |
Leher - satu
je |
|
CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( "
) Cara saya senang aje. Ambil baju yang
siap. dan Ukur semuanya,
|
UKURAN |
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK
JAHITAN
|
ai, aii |
Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama
ukuran |
Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan |
aii |
Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit
dari belakang |
Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah |
bi |
Ukur Panjang Tangan |
Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas |
biii |
Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan
aje(separuh)) |
Lebihkan 3/4 " |
bi |
Ukur lebar tangan bawah (separuh) |
Lebihkan 3/4" |
c |
Ukur kekek, ini 4 segi sama |
Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan |
di |
Ukur lebar pesak atas |
Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan |
dii |
Ukur lebar pesak bawah |
Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan |
ei |
Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni ,
luasanya sama aja.
|
biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan
sikit dlm 2 mm |
eii |
Ukur labuh leher baju tu |
biasanya 4 -
41/2" |
|
|
AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat
dua, mengikut ukuran labuh baju tadi
|
|
|
A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa
lebihan untuk jahitan)
Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka
jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang
sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan
bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher
nanti.
|
potong bahagian tangan
Kita ambil Bahagian B untuk Tangan
|
Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk
tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4"
untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17
1/2 . so, B = 17 1/2 " Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula
(bI)
|
Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas
dan bawah, potong ikut garisan
tersebut. |
|
POTONG PESAK (4 keping)
kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak
|
Cara saya mengukur pesak .
OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah
4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah
3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak
bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan
pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9
"
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi
) kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan
di dan dii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan
pesak.
|
Jangan lupa tandakan dengan kapur di
bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit.
tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah
dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit,
satukan yang bertanda kapur.
|
|
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan
untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4
1/2"
|
nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak.... tapi,
kena buat / tebuk leher dulu!
|
PERSEDIAN NAK BUAT LEHER
Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok,
so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian
leher.
|
tadi ukur leher? katakankan 5"
Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam
ni,gunting pelan tersebut
|
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan
lipat dua.
Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum
peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
|
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher
tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.
|
Cantumkan leher pada badan dengan leher pada
kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian
diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk
jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.
|
okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat
nantilah, kalau tak tindih aje dengan
mesin.
|
|
1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur,
bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang
sama ye..., atas dan atas. |
2. Ambil satu kekek
Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian
hijau dengan hijau
|
|
Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan
mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau
dengan hijau.
|
|
Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.
|
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita
cantumkan kedua-dua bahagian pulak
cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan.
Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang
dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.
|
|
DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah
tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap,
tapi, dah boleh pakai dah....
|
TERIMA KASIHLAH.....
|